Mazizul Dani


Kuala Lumpur: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 untuk Mac kekal, manakala diesel naik lima sen berkuatkuasa tengah malam ini.

Menurut sumber, RON 95 kekal RM2.30 seliter, manakala RON 97 RM2.60 seliter.

"Harga runcit diesel pula dijual pada harga RM2.20 seliter berbanding RM2.15 seliter pada Februari.

"Diesel Euro 5 pula pada harga RM2.30 seliter berbanding RM2.25 seliter pada Februari," katanya.

Februari 2017 mencatatkan kenaikan harga bahan api sebanyak 20 sen bagi petrol, manakala diesel naik 10 sen.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Februari 2017 @ 9:11 PM