Mohd Nasif Badruddin


Kuala Lumpur: Harga runcit petrol RON95 dan diesel naik 20 sen manakala RON97 naik 15 sen, bermula tengah malam ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz, berkata harga baru berkuat kuasa 1 Januari bagi RON95 adalah RM2.10 seliter berbanding RM1.90 sen seliter.

Katanya, harga RON97 adalah RM2.40 berbanding RM2.25 seliter, manakala harga diesel ialah RM2.05 seliter berbanding RM1.85 seliter.

Menurutnya, harga runcit petrol sepanjang November bagi RON95 ialah RM1.95 seliter, RON97 (RM2.30) dan diesel ialah (RM1.90).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Disember 2016 @ 8:56 PM