SEBAHAGIAN ahli keluarga mangsa bot karam yang meninggal dunia akibat lemas tiba di HQE. FOTO Norasikin Daineh
SEBAHAGIAN ahli keluarga mangsa bot karam yang meninggal dunia akibat lemas tiba di HQE. FOTO Norasikin Daineh
Norasikin Daineh


Kota Kinabalu: Sebahagian ahli keluarga mangsa bot karam di perairan berhampiran Pulau Mengalum, dekat sini, kelmarin yang meninggal dunia akibat lemas, tiba di Hospital Queen Elizabeth (HQE), pagi tadi.

Sekurang-kurangnya enam ahli keluarga mangsa dilihat berada di pekarangan Zon Kritikal dan Separa Kritikal HQE.

Bagaimanapun, mereka enggan ditemubual.

Kira-kira 9 pagi, semua ahli keluarga mula meninggalkan kawasan hospital dengan menaiki van dipercayai ke hotel.

Terdahulu, 20 pelancong warga China yang terselamat dan mayat tiga mangsa yang lemas, juga warga China tiba di jeti Pasukan Polis Marin (PPM) pada 1.45 pagi tadi sebelum dihantar ke HQE.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2017 @ 9:56 AM