LOKASI operasi SAR di perairan Sabah. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
LOKASI operasi SAR di perairan Sabah. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
Mohd Ruzaini Zulkepli

Kota Kinabalu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah meneruskan usaha pencarian lima mangsa bot karam di Pulau Mengalum hari ini dengan membabitkan keluasan 300 batu nautika di perairan Sabah, Sarawak dan Brunei.

Pengarah APMM Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari ke-26, hari ini ini bagaimanapun masih belum menemukan sebarang petunjuk baru berkaitan kejadian bot karam di Pulau Mengalum, 28 Januari lalu.

"Untuk operasi SAR 26 pada pagi ini masih dikekalkan di lokasi perairan sebelumnya membabitkan keluasan 300 batu nautika di perairan Sabah, Sarawak dan Brunei.

"Kita akan meneruskan usaha pencarian ini sehingga mendapat arahan daripada pihak atasan," katanya, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 28 Januari lalu, bot pelancong katamaran yang membawa 31 orang termasuk 28 pelancong warga China karam di perairan Pulau Mengalum.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Februari 2017 @ 10:34 AM