PELBAGAI gaya setiap kali mengadakan persembahan.
PELBAGAI gaya setiap kali mengadakan persembahan.
PASUKAN Kompang Lima Beradik mengadakan formasi yang menarik sewaktu  membuat persembahan.
PASUKAN Kompang Lima Beradik mengadakan formasi yang menarik sewaktu membuat persembahan.
Siti A’isyah Sukaimi


Sepang: Tidak meriah menghadiri jemputan perkahwinan masyarakat Melayu tanpa diserikan bunyi paluan kompang memandangkan persembahan alat muzik tradisi itu sangat sinonim dengan kenduri seperti itu di negara ini.

Ditambah kumpulan persembahan yang ‘bijak’ mencuit hati hadirin dengan tarian, gaya lenggok badan sambil menyanyi dan bermain kompang membuatkan penonton tidak kering gusi sekali gus memeriahkan majlis perkahwinan berkenaan.

Itu antara kreativiti idea dan keunikan ditonjolkan kumpulan Kompang Lima Beradik dari Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek di sini diterajui lima adik-beradik lelaki yang ‘viral’ menerusi media sosial Facebook (FB) sehingga mendapat pujian daripada orang ramai kerana terhibur dengan persembahan mereka.

Mereka ialah pembantu perubatan hospital, Muhammad Khalid Lasim, 23, serta empat adiknya, Ezzat Syafie, 20, dan Fahmi Azarul, 19, masing-masing penuntut diploma jurusan bahasa Inggeris di Kolej Antarabangsa Kirkby, Cyberjaya, Fauzi Azizul, 19, iaitu kembar Fahmi Azarul yang menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam diploma teknologi percetakan manakala, Syamsul Arif, 16, mengikuti pembelajaran di Sekolah Bina Insan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Perbezaan persembahan adik-beradik itu kerana mereka menampilkan gabungan permainan kompang dengan alat muzik moden ‘bass drum’ sambil menyanyi lagu bertemakan cinta sesuai dengan majlis perkahwinan antaranya Senyumlah, Diam-Diam Jatuh Cinta, Suka Sama Kamu dan Barakallah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 September 2016 @ 9:02 AM