Antara kelab malam yang diserbu. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
Antara kelab malam yang diserbu. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
Faliq Lajim


Shah Alam: Jabatan Imigresen Selangor menahan 67 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Ikrar dan Ops Gegar bermula 8 malam hingga 2 pagi tadi.

Operasi dilakukan di dua kelab malam sekitar Petaling Jaya dan Subang Jaya serta satu tapak pembinaan di U16 Shah Alam.

Seramai 365 warga asing diperiksa membabitkan pelbagai negara.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Mustafar Ali berkata, turut ditahan seorang rakyat negara ini kerana melindungi warga asing.

Beliau berkata, mereka ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

"Semua yang ditahan berusia antara dua hingga 59 tahun.

"Operasi ini membabitkan 89 anggota dan pegawai yang memeriksa 365 warga asing sebelum membebaskan 297 daripada mereka selepas didapati

memiliki pas sah untuk berada di negara ini," katanya yang turut menyertai operasi itu.

Turut hadir Pengarah Imigresen Selangor Omran Omar.

Menurut Mustafar, pemeriksaan dan tangkapan itu membabitkan warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.

"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) kerana tiada pas sah; Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa dan Seksyen 56(1)(d) kerana melindungi Pati," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 1:30 PM