ALUMNI SESMA dan SAG bergambar bersama sebelum memulakan aksi.
ALUMNI SESMA dan SAG bergambar bersama sebelum memulakan aksi.
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuantan: Beriadah sambil beramal. Itulah aktiviti dilakukan Alumni Sekolah Sains Sultan Mahmud (SESMA), Kuala Terengganu, bersama SESMA Alumni Golf (SAG) apabila menganjurkan pertandingan golf Piala Ryder 2017 untuk mengumpul dana membantu golongan memerlukan.

Kejohanan di Mahkota Golf & Country Club (MGCC) di sini semalam, menarik 40 penyertaan alumni SESMA yang mana pertandingan itu berjaya mengumpul RM1,300 untuk diserahkan kepada Madrasatul Quran Lilbanat, Dusun Pinang, Manir, Terengganu.

Pengerusi penganjur Mohd Asri Sulong berkata, kejohanan golf itu kali ketiga dianjurkan selepas dua edisi awal diadakan tahun lalu.

Penganjuran pertandingan itu bukan saja untuk mengumpul dan mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli alumni SESMA malah pada masa sama turut melakukan kutipan amal bagi membantu badan kebajikan atau pertubuhan Islam yang memerlukan.

“Dua edisi sebelum ini kami berjaya melakukan kutipan wang tunai dan diserah kepada pertubuhan Islam di negara ini untuk mereka mengadakan kegiatan dakwah atau membantu umat Islam di luar negara yang memerlukan.

“Insya-Allah kejohanan seterusnya akan dianjurkan dan segala kutipan akan diserahkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Asri berkata, kejohanan dianjurkan dari semasa ke semasa itu mendapat sambutan menggalakkan dan dijangka meningkat pada edisi seterusnya.

Menurutnya, pada masa sama orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Madrasatul Quran Lilbanat boleh berbuat demikian dengan menghubungi mudirnya di talian 013-9277699 atau 016-203
7149.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2017 @ 10:23 AM