KEMPEN sempena bulan bermakna ini dijadualkan bermula 14 Mei sehingga 27 Jun depan.
KEMPEN sempena bulan bermakna ini dijadualkan bermula 14 Mei sehingga 27 Jun depan.
Intan Mas Ayu Shahimi


Belum pun tibanya Ramadan, ramai sudah mula merancang perbelanjaan hari raya. Di mana hendak mencari pakaian sedondon, apa agaknya biskut raya sesuai untuk mencuri perhatian tetamu, apa pula resipi dan juadah yang patut disediakan untuk santapan keluarga, saudara dan tetamu di pagi lebaran nanti.

Lazimnya, ketika ini semua sibuk merancang dan mengurus keperluan serta kehendak seluruh ahli keluarga menjelang hari raya termasuk dari segi pakaian, kelengkapan rumah dan barang dapur.

Dalam sibuk berbelanja untuk memenuhi keperluan terbaik buat anak-anak dan seisi keluarga, ramai orang tidak lupa untuk turut sama membantu meringankan beban golongan kurang mampu.

Buat kesekian kalinya, Tesco Malaysia mengalu-alukan pelanggannya untuk terus melakukan yang terbaik demi keluarga tercinta, di samping berbakti kepada mereka yang memerlukan.

Berpegang kepada idea untuk terus berkongsi rezeki dengan golongan ibu tunggal, anak-anak OKU, warga emas dan golongan miskin bandar, Tesco sekali lagi mengumumkan pelancaran kempen Dana Bulan Bermakna sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya sepanjang musim perayaan ini.

Kempen sempena bulan bermakna ini dijadualkan bermula 14 Mei sehingga 27 Jun depan. Dalam tempoh itu, sebahagian daripada jumlah jualan Jenama Ekslusif Tesco seperti Tesco Brand, Tesco Eat Fresh, Tesco Everyday Value, Tesco Basics, Tesco Loves Baby, Inspirasi, Lewis Baker dan Tesco Finest akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.

Tahun lalu, Tesco mensasarkan kutipan RM700,000 tetapi berjaya mengumpul sejumlah RM762,245.86. Daripada jumlah itu, mereka menaja lebih 600 penerima.

Tahun ini sasaran kutipan dinaikkan kepada RM800,000 untuk disalurkan kepada lebih 600 keluarga serta individu yang memerlukan.

Tesco sentiasa menggalakkan orang ramai membeli produk Jenama Ekslusif Tesco. Jika sebelum ini ada pengguna yang merasa bersalah kerana berbelanja untuk diri dan keluarga saja, untuk tempoh kempen ini, mereka boleh berlapang dada.

Menerusi dana berkenaan, pengguna sebenarnya menjadi penyumbang utama dalam membantu golongan yang memerlukan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mei 2018 @ 1:58 PM