Mohd Shukor Amin


Sabak Bernam: Bapa Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi iaitu Mohd Zohdi Abdullah, 73, meninggal dunia pagi tadi.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Budiman memaklumkan mengenai berita kematian itu melalui laman Facebook (FB) pagi tadi.

Budiman turut memaklumkan jenazah akan disembahyangkan di Masjid Kampung Sungai Limau selepas solat Asar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2017 @ 3:35 PM