GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Amirul Aiman Hamsuddin


Sabak Bernam: Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal ditunggangnya bergesel dengan motosikal lain di Jalan Bagan Nakhoda Omar (BNO)-Parit Baru, berhampiran Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian 10.15 pagi itu, mangsa berusia 67 tahun bergesel dengan motosikal lelaki berusia 20 tahun sebelum kedua-duanya terjatuh ke atas jalan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk rawatan.

"Pada 11.45 pagi semalam, lelaki warga emas itu disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan HTAJ akibat parah pada kepala dan perut manakala seorang lagi mangsa dirujuk ke Hospital Sungai Buloh (HSB) susulan keadaannya kritikal," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 September 2020 @ 8:05 PM