BERITA yang dilaporkan Harian Metro, malam tadi.
BERITA yang dilaporkan Harian Metro, malam tadi.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Ampang Jaya: Polis memanggil 15 saksi bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang pemandu lori di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, semua saksi berkenaan adalah perakam video, pengawal keselamatan dan penduduk setempat dipanggil bagi memberi keterangan.

Beliau berkata, polis juga sudah menghantar rakaman kamera litar tertutup (cctv) milik kondominium berkenaan kepada pihak forensik untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

"Kita meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini bagi mengelakkan mengganggu proses siasatan

"Sehubungan itu, polis turut mengalu-alukan sebarang maklumat orang ramai terutama penduduk di kawasan terbabit untuk membantu siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2017 @ 2:48 PM