Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim melawat PPS di Kota Marudu sebelum ditutup. FOTO ihsan APM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim melawat PPS di Kota Marudu sebelum ditutup. FOTO ihsan APM
Norasikin Daineh

 

Kota Marudu: Semua pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Marudu ditutup secara rasmi 5 petang tadi berikutan keadaan banjir semakin pulih.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Kolonel Muliadi Al-Hamdi Ladin berkata, seramai 775 mangsa banjir yang berada di Dewan Belia dan Sukan Tandek serta Dewan Pusat Latihan Damai sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Sembilan PPS sudah ditutup pada tengah hari tadi sebelum dua lagi menyusul berikutan keadaan banjir yang pulih sepenuhnya.

"Semua mangsa juga sudah dibenarkan pulang dengan bantuan agensi serta jabatan keselamatan yang membuat pemantauan di kawasan kampung yang terjejas akibat banjir," katanya ketika dihubungi hari ini.

Muliadi berkata, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas 2 pula dijangka ditutup pagi esok dan buat masa ini jumlah mangsa banjir di daerah itu kekal seramai 77 mangsa.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2017 @ 12:07 AM