Pihak bomba membantu memindahkan penduduk ke pusat pemindahan sementara. FOTO Ihsan Bomba
Pihak bomba membantu memindahkan penduduk ke pusat pemindahan sementara. FOTO Ihsan Bomba
Norasikin Daineh


Kota Marudu: Seramai 185 penduduk dipindahkan ke tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Marudu pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kolonel Muliadi Al-Hamdi Ladin berkata, lima PPS sudah dibuka di daerah itu termasuk di Kampung Taritipan, Dewan Mini Kampung Longon, Balai Raya Talantang, Dewan Komuniti dan Dewan Kampung Morion.

"Bacaan paras air Sungai Bongon dan Sungai Bandau yang semakin meningkat menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan.

"Seramai 93 penduduk dipindahkan di Kampung Taritipan, 52 penduduk dipindahkan ke Balai Raya Talantang dan 40 penduduk di Kampung Morion," katanya ketika dihubungi tadi.

Muliadi berkata, sehingga kini sebanyak 11 kampung terjejas akibat banjir termasuk Kampung Longob, Kampung Beliajung, Kampung Bengkongan, Kampung Magaratong, Kampung Rakit, Kampung Morion, Kampung Piso, Kampung Salimandut, Kamoung Tandek dan Kampung Asin-Asin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2017 @ 2:10 PM