Antara kawasan dilanda banjir di Kota Marudu. FOTO ihsan APM
Antara kawasan dilanda banjir di Kota Marudu. FOTO ihsan APM
Norasikin Daineh


Kota Marudu: Jumlah mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada 2,874 berbanding sebelumnya 808 penduduk setakat 10 malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kolonel Muliadi Al-Hamdi Ladin berkata, jumlah itu membabitkan 851 keluarga dan ditempatkan di 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) daerah itu.

"Pemantauan terus dibuat dengan melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah bagi memastikan keadaan penduduk selamat, sihat dan bekalan makanan mencukupi untuk keperluan tiga hari sekiranya banjir berlarutan di daerah ini.

"Setakat ini bacaan paras Sungai Bongon dan Sungai Bandau masing-masing dibawah paras amaran dan waspada," katanya ketika dihubungi, tadi.

Terdahulu, antara kampung yang terjejas akibat banjir termasuk Kampung Taritipan, Kampung Talantang 1, Kampung Morion, Kampung Pancur, Kampung Mosolog, Kampung Lotong, Kampung Hatob,Kampung Longob, Kampung Beliajung, Kampung Bengkongan, Kampung Tandek, Kampung Asin-Asin, Kampung Magaratong, Kampung Rakit, Kampung Piso, Kampung Salimandut dan Kampung Gorontong.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 January 2017 @ 12:35 AM