ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membantu memindahkan penduduk yang terlibat dalam banjir di Kampung Merion. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membantu memindahkan penduduk yang terlibat dalam banjir di Kampung Merion. FOTO ihsan bomba
Norasikin Daineh


Pitas: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini yang menempatkan 77 mangsa banjir ditutup secara rasmi 8 pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Kolonel Muliadi Al-Hamdi Ladin berkata, semua mangsa yang berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas 2 kini dibenarkan pulang berikutan keadaan banjir yang sudah pulih.

"Penutupan PPS ini berikutan keadaan banjir yang pulih dan cuaca yang baik menyebabkan semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Sehubungan itu secara rasmi semua PPS di Pitas dan Kota Marudu ditutup sepenuhnya selepas semua mangsa pulang sejak semalam," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Muliadi berkata, seramai 2,957 mangsa membabitkan 936 keluarga dari Kota Marudu dan Pitas terjejas akibat banjir sejak Selasa lalu dan menyebabkan 12 PPS dibuka di dua daerah itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2017 @ 10:04 AM