Seorang daripada mangsa dibantu anggota bomba dan perancah yang tumbang. FOTO ihsan bomba
Seorang daripada mangsa dibantu anggota bomba dan perancah yang tumbang. FOTO ihsan bomba
Kalidevi Mogan Kumarappa


Subang Jaya : Dua pekerja pembinaan warga Bangladesh cedera selepas perancah bangunan tempat mereka bekerja di sebuah universiti swasta tumbang dalam kejadian petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata dalam kejadian jam 6.02 petang itu , kedua - dua mangsa yang melakukan kerja mengecat di tingkat enam bangunan cedera di tangan, kaki dan kepala.

Menurutnya, berdasarkan laporan awal, perancah itu tumbang akibat angin kencang sebelum menghempap dua lelaki warga asing itu.

"Sebaik perancah itu tumbang, seorang mangsa jatuh ke tingkat empat manakala seorang lagi ke bumbung bangunan di tingkat dua.

"Mangsa pertama dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya pada jam 7 petang. Mangsa yang terjatuh ke atas bumbung itu pula tersepit di celah serpihan dan berjaya dikeluarkan pada jam 7.18 petang sebelum dihantar ke hospital yang sama," katanya.

Katanya, kedua - dua mereka hanya mengalami kecederaan dan kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan kecemasan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2017 @ 8:48 PM