AHMAD Kamar menunjukkan ikan sembilang yang berjaya dipancing di Sungai Lubok Cina. FOTO Mohd Shafik Zainol Abidin
AHMAD Kamar menunjukkan ikan sembilang yang berjaya dipancing di Sungai Lubok Cina. FOTO Mohd Shafik Zainol Abidin
Mohd Shafik Zainol Abidin

Alor Gajah: Sungai Lubok Cina berhampiran Kampung Lubok Cina, di sini, menjadi tumpuan penduduk tempatan yang mengambil peluang memancing ikan sembilang selepas jumlah ikan itu didakwa meningkat secara mendadak di sungai berkenaan sejak Khamis lalu.

Kehadiran ikan sembilang dalam jumlah dianggap luar biasa oleh penduduk mula disedari peniaga pisang goreng Ahmad Kamar Muslimin, 52, yang berasa pelik selepas melihat air sungai berkenaan berkocak dengan kuat.

Katanya, dia mendapati sungai berkenaan dipenuhi dengan ribuan ikan sembilang lalu pulang ke rumah untuk mengambil pancing.

Menurutnya, dia berasa teruja untuk terus memancing kerana dalam tempoh kurang sejam, dia sudah memperoleh hampir lima kilogram ikan.

“Saya beritahu perkara ini kepada rakan yang juga kaki pancing. Dia kemudian datang untuk mencuba nasib dan selepas beberapa minit, dia sudah mendapat tangkapan pertama sekali gus membuktikan jumlah ikan sembilang di sungai ini meningkat secara mendadak.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 January 2017 @ 5:45 AM