GURU bersama kakitangan dan pelajar sekolah bergotong-royong membersihkan SABK. FOTO Hazira Ahmad Azidi
GURU bersama kakitangan dan pelajar sekolah bergotong-royong membersihkan SABK. FOTO Hazira Ahmad Azidi
Hazira Ahmad Zaidi


Pasir Mas: Setiap tahun sejak 1991, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Diniah Bongor, di sini, menjadi mangsa banjir apabila limpahan air Sungai Golok menenggelamkan kampung di sekitar tebing sungai termasuk bangunan sekolah.

Cuma sejak kebelakangan ini banjir yang berlaku lebih serius menyebabkan sekolah terbabit terpaksa dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) untuk menempatkan 250 penduduk kampung, antaranya Kampung Bongor, Kampung Bendang Nyior dan Kampung Lancang.

Pengerusi Jawatankuasa PPS SABK Diniah Bongor Yusri Ibrahim berkata, bukan kerosakan yang menjadi kebimbangan utamanya sebaliknya keupayaan bangunan sekolah itu untuk menampung ratusan nyawa yang menginap sementara menunggu banjir surut.

Katanya, bagi barang rosak, pihaknya boleh buat senarai pendek dan laporkan kepada pihak berkuasa untuk pembaikan tetapi soal nyawa manusia tiada galang gantinya.

“Jika dilihat pada kesesuaian, memang sekolah ini tidak sesuai menjadi PPS tetapi bagi orang kampung, di sinilah tempat yang paling sesuai untuk mereka memandangkan bangunan dua tingkat walaupun tingkat bawah sudah ditenggelami air hampir dua meter.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2017 @ 8:58 AM