LEWANDOWSKI (tengah) diasak dua pemain RB Leipzig.
LEWANDOWSKI (tengah) diasak dua pemain RB Leipzig.
AFP

Berlin: Robert Lewandowski mengetuai kemenangan 3-0 Bayern Munich ke atas RB Leipzig yang beraksi 10 pemain sekali gus membuka jurang tiga mata di depan pencabar mereka dalam perebutan kejuaraan Bundesliga.

Jurulatih Carlo Ancelotti memuji persembahan ‘sempurna’ pada babak pertama apabila pemain Bayern, Thiago Alcantara dan Xabi Alonso menjaringkan gol awal sebelum pemain sayap Leipzig, Emil Forsberg dilayangkan kad merah kerana terjahan berbahaya. Ia menyebabkan pelawat beraksi sejam terakhir di Arena Allianz kekurangan seorang pemain.

Penjaga gol Leipzig, Peter Gulacsi kemudian menghadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Lewandowski pada minit ke-45 bagi membantu Bayern mendahului 3-0 ketika rehat.

Keputusan itu meletakkan Munich tiga mata di depan pencabar mereka di puncak carta liga Jerman menjelang rehat musim sejuk.

Leipzig seketika merampas kedudukan teratas daripada Bayern awal bulan ini dan kedua-duanya bersaing hebat sejak itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Disember 2016 @ 7:50 AM