Pemain Wolfsburg, Renato Steffen (kanan) meraikan jaringan pembukaan pasukan ketika perlawanan berdepan Arminia Bielefeld dalam aksi Bundesliga Jerman. FOTO AFP
Pemain Wolfsburg, Renato Steffen (kanan) meraikan jaringan pembukaan pasukan ketika perlawanan berdepan Arminia Bielefeld dalam aksi Bundesliga Jerman. FOTO AFP
AFP

Bielefeld, Jerman: Renato Steffen meledak dua gol ketika membantu Wolfsburg menewaskan Arminia Bielefeld, 3-0 pagi ini, untuk melonjak ke tangga ketiga carta Bundesliga.

Kemenangan itu membolehkan Wolfsburg, yang ketinggalan dua mata di belakang pasukan di tangga kedua, Leipzig dan tujuh mata kepada pendahulu liga Bayern Munich, melebarkan rekod tanpa kalah mereka dalam lapan perlawanan.

Steffen yang juga pemain kebangsaan Switzerland menjaringkan gol pada minit ke-29 menerusi rembatan kaki kanan.

Dia menggandakan jaringan dua minit selepas rehat perlawanan apabila memanfaatkan kesilapan yang dilakukan penjaga gol, Bielefeld.

Pemain tengah, Maximilian Arnold memastikan kemenangan bergaya Wolfsburg menerusi gol ketiga yang dihasilkan dari jarak 20 meter pada minit ke-54.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Februari 2021 @ 8:49 AM