PENDUDUK dan lelaki bersenjata memeriksa kawasan serangan di sebuah pangkalan tentera di Aden.   - EPA
PENDUDUK dan lelaki bersenjata memeriksa kawasan serangan di sebuah pangkalan tentera di Aden. - EPA
Agensi

Aden: Sekurang-kurangnya 49 askar Yaman terbunuh semalam apabila seorang lelaki meletupkan dirinya di satu perhimpunan di bandar ini.

Ramai lagi yang cedera dalam serangan yang menyasarkan anggota tentera kerajaan yang berkumpul untuk menerima gaji mereka di sebuah pangkalan di timur laut Aden.

Penyerang itu berdiri di celah kumpulan tentera di pangkalan Al-Swawlaba di daerah Al-Arish, kata seorang pegawai.

Serangan berlaku lapan hari selepas serangan serupa, juga di Aden, menyebabkan 48 orang terbunuh dan 29 lagi cedera.

Kumpulan Daish mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Pihak berkuasa Yaman yang berdepan dengan perang saudara dengan pemberontak Houthi, juga menghadapi sengketa bersenjata dengan Daish di selatan dan timur negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Disember 2016 @ 7:19 AM