Keadaan motosikal mangsa yang terperosok di bawah treler.FOTO ihsan PDRM
Keadaan motosikal mangsa yang terperosok di bawah treler.FOTO ihsan PDRM
Azma Razana Johari


Prai: Lelaki maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan sebelum terperosok di bawah treler di Kilometer 1.1, Jambatan Pulau Pinang menghala Georgetown, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 8.40 pagi, Mohd Redza Abdul Halim, 28, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala selepas digilir treler berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Abdul Hamid berkata, mangsa yang berasal dari Alor Setar, Kedah menunggang motosikal Honda Wave 125 seorang diri menuju ke arah Bayan Lepas.

Menurutnya, mayat mangsa yang bekerja dalam bidang binaan kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Disember 2016 @ 1:42 PM