MANGSA maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh kereta. FOTO ihsan pembaca
MANGSA maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh kereta. FOTO ihsan pembaca
Hadzlihady Hassan


Prai: Wanita maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh kereta di Kilometer 4.8 Jambatan Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 2.39 petang itu, mangsa, Nor Hafizah Hashim, 30, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai, Tengah Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, mangsa dalam perjalanan dari Seberang Prai menuju ke Georgetown.

"Mayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Februari 2016 @ 6:52 PM