Shamsul Munir Safini


Prai: Lelaki warga Nepal ditemui mati dengan kesan kelar di leher di Taman Nagasari, di sini, 8 pagi tadi.

Mayat Pandey Radhe Shyam, 26, ditemui lelaki di taman permainan di situ.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil siasatan mendapati mangsa bekerja di kilang di Bukit Mertajam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan pada mayat mangsa juga menemui kesan kelar di leher serta satu kesan tikaman di perut.

Katanya, pihaknya masih menyiasat kes berkenaan dan akan mengambil keterangan daripada rakan sekerja mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2017 @ 1:50 PM
ANGGOTA Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memeriksa mayat lelaki yang ditemui. FOTO Amir Irsyad Omar
ANGGOTA Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memeriksa mayat lelaki yang ditemui. FOTO Amir Irsyad Omar