KEADAAN lori yang terbabas dan merempuh penghadang jalan. FOTO ihsan Polis
KEADAAN lori yang terbabas dan merempuh penghadang jalan. FOTO ihsan Polis
Hadzlihady Hassan


Prai: Pemandu lori milik Kelab Lumba Kuda Selangor dan kelindan nyaris maut selepas kenderaan terbabit terbabas dan merempuh besi penghadang di Kilometer 148 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kemalangan berlaku 10.30 pagi tadi.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati pemandu lori berusia 48 tahun gagal mengawal kenderaan disebabkan jalan licin akibat hujan.

"Pemandu dan kelindan berusia 45 tahun hanya mengalami kecederaan ringan di kepala serta tangan dan mereka menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.

"Lori terbabit tidak membawa sebarang muatan dan kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kemalangan itu," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Oktober 2016 @ 7:54 PM