Fardy Bungga

Cheras: Dinding rumah di tingkat 12, Pangsapuri Cheras Utama, Jalan CU 4A, di sini, runtuh selepas tangki air bangunan berkenaan pecah pada 1.15 pagi hari ini.

Runtuhan itu juga menyebabkan sebuah kereta Proton Wira dan beberapa motosikal yang diletakkan di tingkat bawah pangsapuri berkenaan rosak.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.36 pagi dan mengerahkan sebuah jentera serta tujuh anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, runtuhan hanya membabitkan bahagian ruang tamu rumah berkenaan dan tiada mangsa dilaporkan cedera dalam insiden ini.

"Insiden berpunca dari tangki air yang terletak di tingkat 13 blok 2 pangsapuri ini pecah. Pasukan bomba turut menjalankan pemeriksaan struktur bangunan bagi memastikan tiada lagi runtuhan berlaku,"katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mei 2017 @ 9:12 AM
Tragedi tangki air pecah di Pangsapuri Cheras Utama, hari ini. FOTO ihsan bomba
Tragedi tangki air pecah di Pangsapuri Cheras Utama, hari ini. FOTO ihsan bomba