ORIGI (kanan) jaring gol penyamaan Liverpool.
ORIGI (kanan) jaring gol penyamaan Liverpool.
AFP

Liverpool: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp tidak berpuas hati dengan kepincangan pertahanan pasukannya selepas mereka ketinggalan dalam perburuan merebut gelaran Liga Perdana Inggeris apabila sekadar seri 2-2 dengan West Ham di laman sendiri kelmarin.

Divock Origi menjaringkan gol pada perlawanan keempat berturut-turut selepas kesilapan Darren Randolph dan ia memberikan satu mata buat Liverpool yang kini menduduki tangga ketiga, enam mata ketinggalan berbanding pendahulu, Chelsea.

Minggu lalu, penjaga gol Liverpool Loris Karius menghadiahkan kemenangan buat Bournemouth dan skuad Klopp yang tampil cemerlang dan berada di puncak liga bulan lalu, diaibkan akibat kepincangan pertahanan mereka.

Kedudukan Karius ketika pemain tengah West Ham Dimitri Payet menyamakan kedudukan, dipersoalkan penyokong yang sebelum itu gembira dengan gol pembukaan Adam Lallana.

Michail Antonio kemudian memanfaatkan kesilapan Joel Matip untuk meletakkan pasukan pelawat 2-1 sebelum gol penyamaan Origi pada minit ke-48.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Disember 2016 @ 8:56 AM