AKSI Dwan bermain ular.
AKSI Dwan bermain ular.
Nor Akmar Samudin


Sudah lima tahun Dwan Hamid berada dalam industri hiburan tanah air, tetapi nasib belum menyebelahi pelakon ini.

Ini membuatkan dia terpaksa mencari jalan lain dengan menambah kemahiran baru iaitu bermain ular bagi meneruskan kelangsungan hidupnya sejak dua tahun lalu.

Ketika dia mula mendekati reptilia itu, ada rasa gerun di hatinya kerana Dwan, 25, bukan peminat ular, apatah lagi untuk membela dan tinggal bersamanya.

Namun, demi untuk mencari kelainan dalam menambah pendapatan, Dwan terus kuatkan hati untuk berjinak-jinak bermain ular dengan bantuan Amjad Khan yang juga anak kepada Raja Ular, Allahyarham Ali Khan Samsuddin.

Menurut Dwan atau nama sebenarnya, Muhammad Ridzuwan Shahrul Hamid, kali pertama dia menyentuh pelbagai jenis ular peliharaan Amjad, dia geli-geleman. Namun, bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2016 @ 7:53 AM