AHMAD Nuri Amjad  tekun mendengar penerangan kakitangan  Ikramatic System ketika mencuba mesin simulator.
AHMAD Nuri Amjad tekun mendengar penerangan kakitangan Ikramatic System ketika mencuba mesin simulator.
Salman Hamat dan Hamzah Osman


LANGKAWI: “Saya mahu cepat dewasa dan jadi juruterbang,” kata Ahmad Nuri Amjad Mohd Asyraf, 12, semalam.

Ahmad Nuri Amjad antara puluhan ribu pelawat yang mengunjungi Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) yang dibuka untuk awam semalam di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Menurut Ahmad Nuri Amjad, dia bercita-cita menjadi juruterbang selepas menonton aksi jet pejuang melakukan persembahan aerobatik selain berpeluang mencuba mesin simulator.

Justeru, murid Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka itu berkata, dia akan belajar bersungguh-sungguh bagi memastikan cita-citanya menjadi juruterbang tercapai.

“Memang saya kagum melihat aksi juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan luar negara melakukan pertunjukan udara dan saya berharap menjadi seperti mereka suatu hari nantim,” katanya yang turut meminati hobi bermain kapal terbang kawalan jauh di padang berhampiran rumahnya.

Bagi remaja, Nur Amisya Faizal, 15, dari Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur, dia juga berminat menjadi juruterbang sejurus mencuba mesin simulator pesawat di pempamer Ikramatic System Sdn Bhd (Ikramatic System).

“Sebelum ini saya ada menggunakan perisian berkaitan pesawat dalam telefon bimbit, tetapi menggunakan simulator lebih menyeronokkan, saya dapat rasa seperti menerbangkan pesawat sebenar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mac 2019 @ 6:00 AM