MAYAT yang ditemui. FOTO ihsan polis
MAYAT yang ditemui. FOTO ihsan polis
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga emas dijumpai mati di atas bumbung tingkat satu Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini dipercayai membunuh diri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, mayat mangsa berusia 60 tahun itu ditemui seorang jururawat yang sedang bertugas pada jam 7.20 pagi.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa terjatuh di atas kompresor penghawa dingin di bumbung tingkat satu bangunan hospital berkenaan.

"Mangsa mendaftar masuk ke HKL pada 26 November lalu bagi menjalani rawatan kerana masalah ketumbuhan, penyakit jantung, paru-paru dan mengalami masalah mental sebelum dikatakan keluar wad pada jam 2.30 pagi tadi," katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HKL untuk bedah siasat.

"Tiada unsur jenayah dikesan dalam kes ini dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Disember 2016 @ 1:05 PM