Azman meninggal dunia di dalam bas. FOTO ihsan PDRM
Azman meninggal dunia di dalam bas. FOTO ihsan PDRM
Nurul Hidayah Bahaudin


LELAKI meninggal dunia di dalam bas akibat serangan jantung di Pasar Seni Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur, kira-kira 2 petang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, lelaki itu dikenal pasti sebagai Azman Abas, 57.

“Hasil pemeriksaan awal terhadap badan mangsa mendapati tiada kesan luka dan lebam yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

“Berdasarkan maklumat diperolehi daripada pemandu bas berkenaan, mangsa menaiki bas dari Bandar Baru Sentul sebelum dikatakan sesak nafas dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,”€ katanya.

Shaharudin berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat sebelum jenazah mangsa dituntut oleh anaknya, Abdullah Suffian berusia 31 tahun.

“Anak lelaki mangsa memaklumkan bapanya ada menghidap pelbagai jenis penyakit iaitu paru-paru berair, kencing manis serta komplikasi jantung.

“Mangsa juga difahamkan pernah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan akibat komplikasi jantung.

“Pihak HKL mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,”€ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 January 2018 @ 11:45 PM