IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Farah Suhaidah Othman


Taiping: Bomba menyelamatkan anjing yang tidak dapat turun dari atas papan tanda di premis dua tingkat di Kuala Sepetang, di sini, hari ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 8.30 pagi.

Katanya, anggota kemudiannya menggunakan tangga untuk naik menyelamatkan anjing berkenaan yang dipercayai sudah beberapa jam di atas papan tanda kedai itu.

"Anjing berkenaan dipercayai melompat keluar daripada tingkap kedai di tingkat dua berkenaan sebelum berjalan di atas papan tanda itu dan gagal untuk mencari laluan turun.

"Anjing berkenaan dibawa turun sebelum diserahkan kepada pemilik. Operasi tamat 10.26 pagi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 November 2016 @ 6:02 PM