IDRIS (lima kiri) bersama Naib Canselor Universiti Malaya, Tan Sri Profesor Dr Mohd Amin Jalaludin (empat kiri) dan Dekan Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya, Profesor Ir Dr Noor Azuan Abu Osman (empat kanan) beramah mesra bersama wakil-wakil syarikat selepas perjanjian persefahaman bersama UM. FOTO Sairien Nafis

Mohd Nasif Badruddin

Kuala Lumpur: Kerjasama Universiti Malaya (UM) dengan lima syarikat antarabangsa akan menghasilkan nilai RM230 juta melalui pembangunan produk dan teknologi baru dalam tempoh lima tahun mulai 2017 hingga 2022 .

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kerjasama itu sebahagian daripada perkongsian terkini antara dunia akademik dan industri bagi mewujudkan sumber dana baru untuk universiti terbabit.

"Saya gembira Fakulti Kejuruteraan UM menerajui inisiatif untuk mengadakan perkongsian peringkat tinggi antara dunia akademik dan industri.

"Kerjasama antara pakar daripada lima syarikat ini dengan penyelidik UM, ditambah pula dengan kesedian syarikat ini untuk membiayai sebahagian atau sepenuhnya projek yang akan dijalankan serta usaha untuk mengkomersialkan produk secara bersama sudah tentu memberi manfaat kepada semua pihak terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Makmal Industri Fakulti Kejuruteraan UM dan menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman antara UM dengan Proton Holdings Bhd, Daikin Malaysia Sdn Bhd, Motorola Solutions Malaysia, Ossur dan Rohde & Schwarz Malaysia Sdn Bhd di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 November 2016 @ 7:25 PM