FOTO Zuliaty Zulkiffli
FOTO Zuliaty Zulkiffli
Zuliaty Zulkiffli


Kuala Nerang: Budak lelaki berusia 10 tahun ditemui lemas di kolam paya di Kubang Bemban di sini, jam 4.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Padang Terap Deputi Superintendan Mohd Nasir Jaafar berkata, mangsa, Muhammad Aidil Hazimi Bonyamin, dipercayai mandi di kolam paya itu bersama rakan-rakannya.

Beliau berkata, jasad mangsa ditemui oleh bapanya yang pergi mencarinya di kolam itu sebelum membawanya balik ke rumah mereka di Kampung Kubang Bemban, terletak kira-kira dua kilometer dari situ.

Katanya, mengikut keterangan bapa mangsa, anaknya pegi ke kolam itu bersama rakan-rakan untuk bermain dan mandi sebelum terjatuh.

"Mayatnya, kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk dibedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 November 2016 @ 10:28 PM