GAMBIT pegang watak pemuda ‘poyo’ dalam filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!
GAMBIT pegang watak pemuda ‘poyo’ dalam filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!

Pelakon Gambit Saifullah meluahkan rasa teruja menantikan tayangan filem terbaru lakonannya, Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! 24 November ini.

Menurut Gambit, ia menjadi salah satu kebanggaan sebagai pelakon apabila diberi peluang pengarah, Erma Fatima dan menjadi sebahagian daripada fenomena besar bukan saja di Malaysia, bahkan sehingga ke Indonesia.

“Upin & Ipin bagi saya adalah satu jenama yang sudah kukuh dan cukup dikenali ramai. Apabila Kak Erma menghubungi dan menawarkan watak Zaman kepada saya, saya sukar menolaknya.

“Upin & Ipin memang menjadi kebanggaan saya sejak dulu. Ia menjadi fenomena dan apabila menjadi sebahagian daripada perkara yang saya banggakan, secara tak langsung, ini juga saya anggap sebagai pencapaian dalam bidang seni,” katanya.

Karakter sebagai Zaman yang dipegangnya memerlukan Gambit untuk berhati-hati kerana persekitaran yang membabitkan penonton kanak-kanak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 November 2016 @ 6:08 AM