MULUK (kanan) mengajar golongan muda membaiki kereta.
MULUK (kanan) mengajar golongan muda membaiki kereta.
Nabihah Kamal


Bentong: Berambut panjang, berwajah ‘ganas’, namun siapa sangka dia dengan rela hati dan ikhlas menjadi ‘penjaga’ kepada beberapa anak muda di kampungnya di Lurah Bilut, di sini, yang terjebak dengan dadah berhenti daripada menagih.

Muhamad Sahri Samad, 33, atau mesra disapa Muluk berkata, dia tidak sanggup melihat anak muda itu dihina dan dipinggirkan akibat dadah dan menjadi ‘penjaga’ mereka supaya tidak lagi menagih.

“Anak muda yang terbabit dadah perlu dibantu dan didekati kerana jika semua meminggirkan mereka, golongan ini akan leka dan menjadi lebih teruk kerana tiada siapa yang mahu memikul tanggungjawab menasihati dan memantau mereka.

“Saya mula berkawan dengan mereka dan menasihati supaya berhenti mengambil dadah kerana ia akan merosakkan masa depan mereka,” katanya yang bekerja di bengkel membaiki kenderaan di Lurah Bilut, di sini, sejak tiga tahun lalu.

Menurut Muluk, dia juga sering membawa tiga rakan baharu yang juga bekas penagih dadah berkenaan untuk beriadah.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 November 2016 @ 8:29 AM