RAMOS (kanan) jaring gol tunggal Dortmund.
RAMOS (kanan) jaring gol tunggal Dortmund.

Dortmund, Jerman: Borussia Dortmund menempah tiket ke pusingan kedua Liga Juara-Juara dengan kemenangan 1-0 ke atas Sporting Lisbon awal pagi semalam sekalipun menggantung penyerang Pierre-Emerick Aubameyang.

Dengan berbaki dua perlawanan, Dortmund sudah pasti sekurang-kurangnya muncul dua pasukan teratas Kumpulan F.

Mereka kini mendahului kumpulan itu, dua mata di depan juara bertahan Real Madrid, yang seri 3-3 di Legia Warsaw.

Namun di sebalik kemenangan di laman sendiri itu, jurulatih Thomas Tuchel jauh daripada berpuas hati.

“Kami tidak mempunyai keyakinan diri sepanjang perlawanan,” ujarnya.

“Ketika bertahan kami melakukan banyak kesilapan, tapi kami layak selepas empat perlawanan.”

Tuchel mencetus kejutan sebelum sepak mula di gelanggang Dortmund, Signal Iduna Park.

Aubameyang digantung “kerana alasan dalaman” dan penggantinya Adrian Ramos menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-12.

Aubameyang, 27, yang sudah menjaringkan 10 gol musim ini, digantung hingga semalam.

“Kami sedar ada banyak spekulasi, tapi dalaman tetap satu rahsia,” jelas Tuchel. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 November 2016 @ 7:41 AM