ANGGOTA kumpulan Antrabez menunjukkan album pertama mereka yang berjudul ‘  Saatnya Berubah.’ - Tribun Bali
ANGGOTA kumpulan Antrabez menunjukkan album pertama mereka yang berjudul ‘ Saatnya Berubah.’ - Tribun Bali

Bali: Di perkarangan sebuah penjara di Bali, lapan banduan yang menubuhkan satu kumpulan muzik menghiburkan penonton dengan lagu popular mereka mengenai bahaya dadah.

Di kenali sebagai Anak Tirai Besi atau Antrabez, kumpulan itu ditubuhkan di dalam Penjara Kerobokan pada Julai lalu dan dianggotai enam banduan lelaki dan dua banduan wanita.

Kesemua mereka dihukum penjara antara tiga bulan hingga empat tahun atas kesalahan berkaitan dadah.

“Kami tidak kisah orang di luar sana memanggil kami sampah masyarakat.

“Kadang-kala sampah juga berguna. Apabila kita mengkitar semula sampah ia boleh menjadi barangan yang lebih baik,” kata pengasas dan pemain gitar Antrabez, Oktav Sicilia.

Oktav, 35, dihukum penjara tiga tahun kerana memiliki dadah.

Pihak berkuasa berharap, kejayaan Antrabez menunjukkan keberkesanan program pemulihan dalam penjara walaupun Indonesia mempunyai undang-undang antidadah yang ketat, termasuk hukuman mati. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 November 2016 @ 9:50 AM