ISKANDAR (kanan) melawat kilang pembungkusan minyak masak. FOTO Syazwan Msar
ISKANDAR (kanan) melawat kilang pembungkusan minyak masak. FOTO Syazwan Msar
Syazwan Msar


Balakong:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) mengesan lima peniaga yang didapati menyorok minyak masak untuk memperoleh keuntungan apabila harga bahan itu meningkat nanti.

Empat peniaga dikesan di Lembah Klang manakalan satu lagi di Pulau Pinang.

Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasa(Pencegahan dan Perisikan), Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, peniaga berkenaan sengaja menyorok bekalan minyak masak sejak dua hari lalu sebelum d kesan KPDNKK.

"Ternyata tindakan peniaga berkenaan sia-sia apabila harga bahan itu tidak naik namun dikenakan tindakan pula apabila didapati sengaja menyorok minyak masak.

"Mereka yang didapati menyorok bahan itu akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya, dalam sidang media selepas mengadakan pemeriksaan bekalan minyak masak di sebuah pasaraya dan lawatan kilang pembungkusan, di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, tiga kawasan yang mengalami masalah bekalan minyak masak iaitu Lembah Klang, Perak dan Melaka namun menjangkakan perkara itu akan selesai dalam masa terdekat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Oktober 2016 @ 10:38 PM