MAWAR Rashid. FOTO Nizar Hafiz Mustafa.
MAWAR Rashid. FOTO Nizar Hafiz Mustafa.
Rudy Imran Shamsudin


Putus cinta memang menyakitkan lebih-lebih lagi apabila kenangan mengecapi bahagia bersama orang yang pernah disayangi sering bermain di kotak fikiran. Ia bagaikan mencurahkan cuka pada luka.

Ramai anak gadis yang mula mengenal erti cinta akan berasa lelah dan meratap andai ikatan kasih terjalin putus di tengah jalan.

Berbeza dengan pelakon muda yang sedang mencipta nama, Mawar Rashid, 21, yang baru saja putus cinta. Ketika bertemu dengannya untuk fotografi bersama Selebriti, galau di hati Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid akibat kecewa, langsung tidak nampak pada riak wajahnya.

Mula dikenali selepas kontroversi menjawab soalan isu berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sewaktu menyertai satu program dua tahun lalu, Mawar tetap ramah dan petah berbicara mengenai perkembangan diri berkongsi perihal kerjaya seni mahupun peribadi.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Oktober 2016 @ 5:40 AM