AHMAD Zahid dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tiga kanan) beramah mesra bersama Ketua Pegawai Eksekutif YPJ Holdings, Elias Hasran (dua kanan) dan Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan Pembangunan TKSU (KP), Zainal Abidin Abu Hassan (dua kiri). FOTO Mohd Azren Jamaludin

Mohd Sabran Md Sani

Kulai: Tiada pilihan raya secara berasingan akan diadakan di Johor meskipun isu berhubung perkara itu pernah dibangkitkan parti pembangkang sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penjelasan mengenai perkara itu sudah diperjelaskan sendiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled.

"Ada lontaran pandangan, Johor akan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) secara berasingan.

"Penjelasan Menteri Besar Johor sebagai satu keputusan amat sesuai dengan keperluan penyelarasan PRU bagi seluruh Semenanjung dan Sabah," katanya.

Katanya, pentadbiran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan gunakan peruntukan di luar jangkaan, jika pilihan raya dibuat negeri.

Terdahulu Ahmad Zahid melancarkan tiga inisiatif bagi Pembangunan Hab Kemahiran Johor Bandar Akademi Johor membabitkan perasmian Kampus Induk Kolej Yayasan Johor (KYPJ), Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PP1AM) dan Skills Johor di Dewan Besar KYPJ di sini, hari ini.

Hab Latihan Kemahiran Teknikal dan Vokasional (TVET)yang akan dibina di tanah berkeluasan 40 hektar di bin berdekatan Kampus Induk Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) di Kilometer 16, Jalan Kulai- Kota Tinggi di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Oktober 2016 @ 6:38 PM