KEADAAN rumah yang terbakar. FOTO ihsan Bomba
KEADAAN rumah yang terbakar. FOTO ihsan Bomba
Ravale Savarinathan


Teluk Intan: Lelaki melecur kira-kira 40 peratus selepas rumah yang didudukinya terbakar di Jalan Woo Saik Hong, Taman Maju di sini, 12.10 tengah hari tadi.

Mangsa, Har Kin Weng, 48, ditemui dan diselamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat Teluk Intan yang tiba selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, mangsa kemudian dibawa oleh Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk menerima rawatan lanjut.

"Mangsa tinggal bersendirian dan ditemui pengsan di dalam rumah berkenaan dalam keadaan melecur di muka dan sebahagian badan.

"Pasukan bomba dan penyelamat yang tiba di tempat kejadian menggunakan tiga jentera memadam api diketuai Ketua Operasi, Zulkifli Abdullah, mengawal kebakaran daripada merebak dalam tempoh 15 minit," katanya.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya pada 2.12 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2016 @ 8:28 PM