Fathia gembira dengan kehidupan sekarang. FOTO NSTP
Fathia gembira dengan kehidupan sekarang. FOTO NSTP
Ramlah Zainal


Kuala Lumpur: Pelakon popular Nur Fathia menafikan dakwaan segelintir pihak mengatakan dia kembali menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya yang juga pelakon Aiman Hakim Redza, 25.

Nur Fathia, 29, berkata, dia memang ada menghubungi Aiman baru-baru ini, tetapi sekadar bertanya khabar serta perkembangan terkini masing-masing selepas berpisah setahun lalu.

€œSaya menghubunginya hanya sekadar sebagai rakan artis, itu saja. Saya sendiri tidak tahu dari mana pihak terbabit mendapat cerita yang kami sudah kembali bercinta," katanya.

Ditanya sama ada dia masih menaruh harapan untuk kembali kepada Aiman, Fathia enggan mengulas perkara itu.

"Buat masa ini, saya bersyukur dan bahagia dengan kehidupan dilalui hari ini. Saya juga belum ada pengganti dan masih dengan status solo sekarang. Soal jodoh, saya serahkan kepada Allah SWT,”katanya.

Nur Fathia berkata, dia gembira dengan kehidupannya sekarang dan lebih fokus kepada kerjaya lakonan dan perniagaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Oktober 2016 @ 7:15 PM