FATTAH Amin. FOTO Amir Naufal Photography.
FATTAH Amin. FOTO Amir Naufal Photography.
Sudirman Mohd Tahir


Sejak awal kemunculannya, bekas juara Hero Remaja 2011/2012 ini sering menjadi pilihan untuk melakonkan watak romantik.

Kekerapan Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin muncul dalam watak itu berjaya membuktikan bakat lakonannya.

Kepercayaan yang diberikan itu digunakan Fattah sebaik-baiknya untuk tampil lebih menyerlah. Diakui dia kini menunjukkan peningkatan dari segi mutu lakonan.

Terbaru, pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Playboy Itu Suami Aku ini enggan keakraban yang dipamer bersama pelakon dan pengacara Neelofa di laman Instagram disalah erti.

Bagi Fattah, itu sekadar gambaran kepada drama Suri Hati Mr Pilot yang mula ditayangkan semalam menampilkan mereka berdua sebagai pasangan kekasih.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Oktober 2016 @ 7:50 AM