Sudirman Mohd Tahir


Kemunculan ramai pelakon baru lelaki ketika ini sedikit sebanyak menghadirkan saingan terutama membabitkan watak hero.

Bagaimanapun, Nazrief Nazri tidak melihat perkara itu sebagai masalah besar untuk memajukan diri.

Bagi pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Hero Remaja 2011/2012 ini, dia optimis dengan bakat yang ada selain menyifatkan penonton sekarang lebih bijak menilai kredibiliti seseorang pelakon.

“Saya cuba lihat kedatangan pelakon baru sebagai persaingan yang sihat. Bagi saya, lagi ramai pelakon baru bermakna industri hiburan kita makin berkembang. Ini kerana semakin banyak peluang dari segi penerbitan drama atau filem.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mac 2017 @ 7:50 AM
NAZRIEF Nazri. FOTO Nizar Hafiz Mustafa
NAZRIEF Nazri. FOTO Nizar Hafiz Mustafa