MIRA Filzah tidak marah digosip kerana tahu ‘permainan’ dunia seni.
MIRA Filzah tidak marah digosip kerana tahu ‘permainan’ dunia seni.
Rudy Imran Shamsudin

Apabila pelakon Fattah Amin memutuskan hubungan cintanya dengan Sherry Ibrahim, pelbagai spekulasi mengenainya timbul dan bintang baru, Mira Filzah, 23, turut dikaitkan menjadi punca.

Mira kononnya menjadi orang ketiga dalam hubungan Sherry dan Fattah apabila mereka dilihat akrab kebelakangan ini.

Spekulasi itu seakan benar apabila Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, turut menyertai syarikat pengurusan sebumbung dengan Fattah yang mula dikenali menerusi drama Playboy Itu Suami Aku.

Mira ketika ditemui baru-baru ini bagi sesi fotografi khas diatur TV3 menegaskan, dia sememangnya tiada apa-apa hubungan ‘istimewa’ dengan Fattah, selain rakan sekerja.

Dalam membicarakan gosip dikaitkan dengan dirinya, Mira akui tidak mampu menyembunyikan wajah ‘lelah’ disebabkan harus memperjelaskan berkali-kali kerana ada pihak tidak mahu menerima penjelasan diberikan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 September 2016 @ 5:24 AM