PELAKON Suri Hati Mr Pilot akui drama lakonan Fattah dan Neelofa itu berjaya mempopularkan lagi namanya.
PELAKON Suri Hati Mr Pilot akui drama lakonan Fattah dan Neelofa itu berjaya mempopularkan lagi namanya.
Sudirman Mohd Tahir


Penantian selama empat tahun Ben Amir akhirnya berbaloi apabila namanya semakin menjadi sebutan dalam kalangan produser, pengarah drama dan peminat.

Biarpun kerjayanya bergerak agak perlahan, Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 27, tidak pernah berputus asa untuk mencipta nama.

Kejayaan yang diraih rakan seangkatan lain daripada program Hero Remaja 2011/2012 seperti Fattah Amin dan Saharul Ridzwan membuatkan Ben lebih bersemangat.

Tidak wujud istilah iri hati atau cemburu dengan apa yang dimiliki orang lain. Bagi Ben, lambat atau cepat itu semua rezeki seseorang.

“Setiap orang mempunyai cabaran dan pencapaian masing-masing. Dalam apa jua bidang sekali pun persaingan pasti ada tapi saya bukan jenis yang dengki atau bercakap belakang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2017 @ 5:05 AM