AIR pancut berirama tarikan utama Taman Rekreasi Perdana Park.
AIR pancut berirama tarikan utama Taman Rekreasi Perdana Park.

BERKELUASAN 6.47 hektar, Taman Rekreasi Perdana Park di Tanjung Aru, Kota Kinabalu, sentiasa dikunjungi ramai.

Dirasmikan pada Januari 2011 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Perdana Park menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi termasuk peralatan bersenam serta laluan refleksologi dan antara lokasi berjoging popular dalam kalangan pengunjung.

Ia juga cukup mengujakan buat si kecil dengan adanya taman permainan kanak-kanak.

Perdana Park juga antara lokasi bersantai bersama keluarga untuk menikmati keindahan matahari terbenam.

Usai melihat keindahan yang menakjubkan itu, hiburan air pancut berirama dengan muzik yang menghiburkan sekitar 7 hingga 9 malam cukup mengujakan.

Pertunjukan sekitar 10 hingga 20 minit itu turut diiringi lagu tem­patan seperti ‘Sayang Kinabalu’ serta muzik klasik kegemaran ramai, Mozart.

Air pancut berirama juga antara tarikan utama taman rekreasi ini. Ia juga menyediakan kedai makanan yang bersesuaian dengan selera pengunjung.

Taman ini juga mesra Orang Kurang Upaya (OKU) dengan laluan kerusi roda dan tempat letak kereta khas untuk golongan itu.

Dibuka setiap hari bermula 6 pagi hingga 10 malam pada Isnin hingga Khamis dan 6 pagi hingga 10.30 malam pada Jumaat hingga Ahad.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 5:41 AM