NAJIB bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa melihat replika projek pembangunan Taman Tugu pada majlis pelancaran. FOTO Aizuddin Saad

Hairulazim Mahmud

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak, hari ini melancarkan Projek Taman Tugu dalam usaha memelihara, mengaktifkan dan menghubungkan taman hutan seluas 26.7 hektar di tengah bandar raya ini.

Najib berkata, tanah bernilai RM2.1 bilion itu dimajukan bagi mengangkat ibu kota ini di persada dunia dalam menjana semua kawasan hutan sekunder sekitar Tugu Negara.

"Kita mahu Taman Tugu ini sinonim dengan Kuala Lumpur seperti Central Park di New York," kata beliau semasa melancarkan projek berkenaan di Tugu Negara di sini.

Taman Tugu akan menawarkan persekitaran rekreasi dan pembelajaran untuk para pengunjung.

Terdapat juga kemudahan pembelajaran dan pendidikan yang fasa pertamanya dijangka siap pada pertengahan 2018.

Sebanyak 1,000 pokok akan dipulihara dan 5,000 batang pokok hutan hujan tempatan akan ditanam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 6:47 PM