GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Pengurup wang diselamatkan selepas diculik sekumpulan lelaki ketika keluar rumah di Bukit Jambul di sini, 28 September lalu.

Dalam kejadian 10.30 pagi itu mangsa berusia 60 tahun dalam perjalanan ke kedainya yang terletak di Bukit Jambul.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, berdasarkan siasatan mangsa ketika itu berjalan seorang diri sebelum ditarik masuk ke dalam van yang dipercayai disewa.

Beliau berkata, mangsa kemudian dikurung di dalam pangsapuri di Bayan Lepas sambil tangannya diikat dan muka ditutup sebelum penculik menuntut wang tebusan bernilai RM3 juta.

Katanya, hasil siasatan yang dilakukan polis menahan lapan lelaki dan seorang wanita berusia antara 23 hingga 38 tahun untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Perculikan 1961," katanya ketika hadir Majlis Pemakaian Pangkat dan Sesi Dialog Bersama Ketua Polis Pulau Pinang bersama Agensi Polis Bantuan Seluruh Negeri di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Oktober 2016 @ 2:26 PM